Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Polis Langkawi Berjaya Membuat Rampasan Dadah Bernilai Anggaran Lebih RM 78 Ribu

By 5 Februari 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)

LANGKAWI, 4 Feb (Malaysiaaktif) – Pasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi telah melakukan serbuan hari ini di sebuah rumah Kampung Padang Gaong, Mukim Kuah, Langkawi.

Dalam serbuan berkenaan pasukan polis telah menahan enam lelaki tempatan yang berada di dalam rumah dan telah merampas 234 gram heroin dan 11.90 gram syabu.

Manakala dalam satu kes yang lain pula di Jalan Padang Gaong, seorang anggota polis telah menemui sebuah kenderaan terbabas dan telah menemui 284 gram heroin, 1742.9 gram syabu, amfethamin 5 sebanyak 30 biji dan wang tunai sebanyak RM 3, 525.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda