Laporan/Foto: Shaharuddin bin Daud@Abu Hassan (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) Parlimen Kuala Pilah yang berlangsung selama dua hari bermula 5 Februari 2022 di Econsave Kuala Pilah dilihat tepat dengan keadaan semasa.
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Eddin Syazlee Syith yang turut serta menyatakan tawaran lebih rendah daripada harga pasaran tempatan yang ditawarkan dan ini jelas membantu perbelanjaan harian masyarakat setempat.
Pelaksanaan PJKM oleh KPDNHEP juga salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu meringankan kos sara hidup rakyat selain pelaksanaan Skim Kawalan Harga Maksimum Musim Perayaan.
-ZS-