
Laporan/foto : Wirwan Nor Rama Maliana (Sarawak)
KUCHING, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Car Free Morning adalah aktiviti bulanan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang diadakan setiap Hari Ahad, minggu pertama, setiap bulan, jam 6:00 pagi hingga 10.00 pagi, bertempat di Padang Merdeka Kuching.
Objektif penganjurannya adalah untuk membantu mengurangkan kadar pelepasan karbon serta kesesakan jalanraya di samping menggalakkan gaya hidup cergas dan sihat dalam kalangan warga kota.