Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

210 Orang Penerima Program ‘Back To School’ DUN Kuala Kurau Dibantu

By 14 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor A’mirah Daman Huri/Siti Noor Ain Mohd Zain

KUALA KURAU, 12 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 210 orang penerima barang kelengkapan persekolahan bagi ‘Program Back To School’ anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Kuala Kurau, bertempat di Dewan JKKK Tanjung Piandang.

Program yang melibatkan 20 buah kampung ini bertujuan untuk membantu penduduk yang kurang berkemampuan terutama anak yatim dan golongan miskin.

Pihak penganjur memilih Pasaraya Borong Sakan bagi menyediakan kelengkapan tersebut yang mana pihak pasaraya turut membantu proses pemilihan kelengkapan mengikut saiz penerima di lokasi program di sini hari ini.

Waris penerima yang ditemui, Azira, 37, menzahir rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada pihak penganjur terutama kepada Yang Berhormat Dato’ Abdul Yunus Jamahri diatas sumbangan yang berikan.

Perkhidmatan gunting rambut secara percuma juga turut disediakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda