Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Program Jiwa Murni Erat Hubungan

By 14 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor (Setiu)/Rejimen 512 Askar Wataniah

SETIU, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Program Jiwa Murni yang dianjurkan bersama oleh Rejimen 512 Askar Wataniah (AW) Kem Padang Midin, Kuala Terengganu Dan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan, ATM merupakan hubungan kerjasama di antara anggota tentera dengan masyarakat awam sekaligus memberi peluang kepada pihak tentera untuk menyumbang bakti.

Komander Rejimen 512 Askar Wataniah (AW) Kem Padang Midin, YAM Brigadier Jeneral Datuk Seri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud telah menyempurnakan majlis perasmian Program Jiwa Murni bersama Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia di Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Rhu Tapai, baru-baru ini.

Program ini bukan saja memberi faedah kepada penduduk kerana mereka menikmati pelbagai perkhidmatan secara percuma yang disediakan ATM, malah pada masa sama dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat setempat.

Penglibatan pihak tentera dalam program ini adalah tertumpu kepada aktiviti pemeriksaan kesihatan bersama penduduk setempat, ceramah kesihatan, sukan rakyat dan lain-lain lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda