
Laporan/foto: Jeanne J Som/Johnny Kimlon
KOTA KINABALU, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Atlet, Adelinah Lintanga wanita Sabah pertama akan menyertai pendakian gunung Everest pada April depan.
“Adelinah yang juga merupakan seorang atlet akan menerima sumbangan pemeriksaan penuh perubatan termasuklah komprehensif screening sebelum dan selepas pendakian,” menurut Pengurus Besar Hospital KPJ Sabah, Mohamad Faizal Mohamed.
Untuk rekod, Adelinah, 37 tahun yang berasal dari Kota Belud merupakan atlet marathon jarak jauh akan menjayakan pendakian itu bersama empat lagi yang terpilih mewakili Malaysia iaitu Ravichandran Tharumalingam, Elanghovan Natchimuthu, Yow Kai Kim dan Fazzilah.
-ZS-