Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

MB Kedah Sampaikan Sumbangan kepada 250 Pelajar DUN Jeneri

By 18 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Mohd Tarmizi (Sik)

SIK, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor, menyampaikan Bantuan Kembali ke Sekolah kepada 250 orang pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar DUN Jeneri.

Bantuan berupa kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam, kasut serta beg sekolah diberikan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

“Dengan bantuan ini, sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban ibu bapa pelajar menjelang sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi,” ujarnya ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Kembali ke Sekolah Dun Jeneri 2022 di Kompleks Pas Sungai Pau, di sini pagi tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda