
Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/Rozita Ibrahim (Politeknik Port Dickson)
PORT DICKSON, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Bertemakan “Graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Pemacu Revolusi Industri”, Majlis Konvokesyen kali ke-29 Politeknik Port Dickson (PPD) berjaya melahirkan seramai 4,223 graduan daripada lima sesi pengajian baru-baru ini.
Seramai 785 graduan dari Jabatan Kejuruteraan Awam, 1,021 graduan dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, 1,170 graduan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan 1,247 graduan dari Jabatan Perdagangan diraikan dalam majlis tersebut.
Pengarah PPD, Mohamad Isa Azahari berkata PPD berusaha memperhebatkan sistem pendidikan TVET yang dipacu industri, kolaborasi strategik yang mantap serta perkongsian ilmu bersama industri.
Ujarnya lagi, pemerkasaan TVET penting untuk mengisi keperluan negara dan menjadikan Malaysia bersaing dengan negara serantau dalam aspek pembuatan serta teknologi.
-ZS-