Laporan/foto: Nasrul Abdul Hamid (Rembau)
REMBAU, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 45 ribu benih ikan lampam sungai telah dilepaskan ke dalam Sungai Timun dalam Program Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan Umum Serentak Seluruh Negara anjuran Jabatan Perikanan Malaysia. Matlamat program adalah untuk melestarikan alam sekitar serta pemuliharaan sumber dan biodiversiti perikanan darat.
Jabatan Perikanan Negeri Sembilan telah memilih Sungai Timun, Rembau sebagai tempat pelepasan dimana ianya dikenalpasti sebagai sungai yang bersesuaian untuk spesis ikan lampam sungai membiak selain memberi kesedaran awam tentang kepentingan memulihara ekosistem perikanan darat untuk generasi akan datang.
Pengarah Perikanan Negeri Sembilan Kasim Tawe berkata, Jabatan Perikanan Negeri Sembilan menyasarkan sejumlah 300 ribu benih ikan dapat dilepaskan ke dalam sungai-sungai yang strategik di seluruh Negeri Sembilan pada tahun ini.
Selain aktiviti pelepasan benih ikan turut diadakan acara demonstrasi produk perikanan popcorn fish dan latok somtam.
Program ini dirasmikan oleh Siti Aisyah Nordin, Ketua Penolong Pegawai Daerah Rembau selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Rembau dan turut dihadiri wakil-wakil jabatan serta agensi daerah Remba
-ZS-