Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pihak IWK Siasat Punca Air Hitam di Taman Bukit Permai 2

By 24 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Juliana Jamri/Nur Hafif Zainurdin (Hulu Langat)

AMPANG, 24 Mac (Malaysiaaktif) – Air hitam yang mengalir dari kawasan runtuhan Taman Bukit Permai 2 masih lagi dalam pemeriksaan pihak Indah Water Konsortium (IWK).

Air hitam tersebut masih belum ditentukan sama ada berpunca daripada loji kumbahan IWK yang turut terjejas dalam kejadian tanah runtuh pada 10 Mac yang lalu.

Keadaan air yang berbau busuk mengalir ke kawasan perumahan menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk.

Penduduk berharap agar masalah air hitam berbau busuk tersebut dapat diselesaikan dengan segera kerana ia mungkin membahayakan kesihatan mereka.

-ZS-

Tinggalkan komen anda