Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Jaringan Komunikasi Lebih Baik di Tumpat

By 22 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Noor Asmani Che Mat Saleh/Noor Haswan Noor Azman (Tumpat)

TUMPAT, 21 Mac (Malaysiaaktif) – Penduduk Kajang Sebidang, Tumpat merasa gembira dan lega dengan pengumuman Menteri Kementerian Komunikasi Multimedia (MenKOMM), Tan Sri Datuk Seri Panglima TPR Annuar Haji Musa mengumumkan untuk menambah bilangan menara telekomunikasi di Tumpat, dalam siri lawatan kerja beliau ke Negeri Kelantan hari ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) diminta mengenal pasti kawasan terpilih yang sesuai untuk didirikan menara bagi menambah baik jaringan telekomunikasi rangkaian internet lebih laju.

Beliau turut menyampaikan bantuan bakul makanan berupa barangan keperluan harian kepada 120 keluarga yang terjejas akibat bencana banjir di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda