Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Jual Kek Sampai Labuan Semasa Cuti Sekolah

By 4 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Seorang kanak-kanak mengambil kesempatan menjual pelbagai jenis kek sempena cuti sekolah.

Menurut Mohd Hirman Firdaus, 10, dia datang ke Labuan bersama neneknya dari Kota Kinabalu untuk menjual kek secara bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

“Pakcik saya akan bantu kami bergerak ke seluruh Labuan untuk jual kek yang nenek saya buat sendiri,”katanya yang masih belajar di Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok, Sabah.

Tambahnya, kek yang dijualnya juga hampir habis kerana mendapat sambutan yang baik daripada warga Labuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda