Laporan/foto: Mohd. Subhi/Nol Ainil Hayati
TEMERLOH, 4 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 464 pelajar daripada 9 buah sekolah rendah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak adalah di antara penerima Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) Yayasan Pahang.
Program ringkas penyerahan itu disempurnakan oleh Timbalan Speaker DUN Pahang merangkap Ahli Dewan Negeri Kawasan Jenderak, YB Dato’ Sri Haji Mohamed Haji Jaafar yang berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang SJKC Kuala Krau, Temerloh baru-baru ini.
Hadir sama pada program tersebut ialah Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh Encik Zulkifli Mat Nasir, dan Pegawai Integriti Yayasan Pahang Puan Razimah Abdullah Hashim.
Kesemua peserta menerima biasiswa RM300 bagi tempoh pertengahan tahun 2022.
-ZS-