Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

‘Kamilah Pewaris Bangsa’ Pencetus Dadah Terkawal 2025

By 6 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasrulazlinda Hassan (Kuala Pilah)

KUALA PILAH, 6 Mac (Malaysiaaktif) – Seiring dengan iltizam membentuk dan melahirkan pewaris negara agar tidak terlibat dengan gejala penyalahgunaan dadah, program ‘Kamilah Pewaris Bangsa’ anjuran AADK Kuala Pilah, Pejabat Parlimen Kuala Pilah, KKM, ITYNS dan Sarimah Elegant menjadi platform pendedahan mengenai langkah pengawalan dan pencegahan dalam memerangi dadah.

Pendekatan sebegini walaupun nampak kecil namun diharap dapat memberi kesan kepada mereka yang terlibat agar peka dengan perubahan fizikal dan emosi terutamanya yang terjebak dengan dadah.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Eddin Syazlee Bin Shith, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) turut hadir Dr. Hadijah binti Baba, Pengarah AADK Negeri Sembilan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda