Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Konvoi Bermotor Rancakkan Pelancongan Melaka

By 7 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran (Melaka)

BANDA HILIR, 5 Mac (MalaysiaAktif) – Program Konvoi Bermotor sempena Kempen Melawat Melaka bagi tahun 2022 dengan kerjasama Tourism Melaka dan pelbagai agensi  bertujuan menarik minat pelancong serta pengunjung menjadikan negeri Melaka sebagai destinasi pilihan bagi tahun ini.

Program pelancaran Konvoi Bermotor Semarak Pelancongan Melaka yang diadakan di perkarangan Menara Taming Sari telah berjaya mengumpul lebih 100 buah kenderaan bermotorsikal dan kenderaan daripada pelbagai agensi dengan mempromosi buffet ramadhan di pelbagai lokasi antaranya Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh, Puteri Bay Hotel Pantai Puteri, Amanjena Resort Pengkalan Balak dan FreePort A.Famosa Resort.

Program konvoi ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan jumlah pelancong serta pengunjung selain dapat meningkatkan ekonomi peniaga di dalam sektor pelancongan negeri Melaka.

EXCO Pelancongan , Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani bin Khamis turut hadir merasmikan program tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda