Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

PJKM Port Dickson Dapat Sambutan Menggalakkan

By 6 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Jaitripta Kaur/Noorshazana Shaadan (Port Dickson)

PORT DICKSON, 4 Mac (Malaysiaaktif) – Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) peringkat Parlimen Port Dickson yang dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Perdagangan dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan telah berlangsung pada hari ini bertempat di Pekan Port Dickson.

PJKM yang bermula seawal jam 7.30 pagi mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar telah berakhir lebih awal kerana semua barangan telah habis dijual dalam masa beberapa jam sahaja.

Antara barangan yang dijual dengan harga murah ialah ayam dengan harga RM 5.00 sekilo, minyak masak satu paket dengan harga RM 2.30, dan sayuran dengan harga serendah RM 1.00 serta pelbagai lagi barangan yang dijual dengan harga yang berpatutan.

PJKM ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian melalui kerjasama strategik dengan pemain industri sektor peruncitan terutamanya pihak pasaraya dan pasaraya besar (hypermarket) dan juga bersama pasaraya tempatan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda