Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

KPKT Salur RM 1 Juta Untuk Kerja Pembersihan Tanah Runtuh

By 12 Mac 2022Mac 16th, 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Sazarina binti Mohd Noor/Hazlina Tajuddin (Hulu Langat)

AMPANG, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM1 juta bagi kerja pembersihan kawasan perumahan Taman Bukit Permai 2, Ampang untuk kerja pembersihan yang akan dilakukan selepas kawasan insiden diklasifikasikan selamat.

Menteri KPKT, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, berkata peruntukan itu akan disalurkan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk kerja pembersihan serta bantuan lain akan diberikan bergantung kepada keperluan penduduk setempat.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Menteri (KPKT) dan Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor telah melakukan tinjauan di lokasi tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang pada petang tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda