Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Liputan Internet di Labuan akan Ditingkatkan Ke 100 Peratus

By 20 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Liputan internet dan 4G di Labuan sudah melebihi 98 peratus dan akan ditingkatkan ke 100 peratus.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi fasa kedua akan diteruskan di Labuan tetapi memerlukan masa untuk perancangan yang lebih teliti.

“Labuan dilihat sebagai kawasan komersial dan kita boleh minta pihak pembekal perkhidmatan untuk melabur lebih lagi di Labuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik.

“Pemeriksaan mendapati beberapa pembekal perkhidmatan tidak mencapai tahap sewajarnya dan kita akan minta pembekal untuk tingkatkan semula seterusnya kita akan pantau dan tindakan akan diambil jika perkhidmatan tidak berada di tahap yang dikehendaki,”katanya yang ditemui semasa melawat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kampung Sungai Labu semalam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda