Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Ali Imran Johari (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 20 Mac (Malaysiaaktif) – Karnival Pertanian Bersama Komuniti anjuran Perpustakaan Desa Bukit Tok Ris berjaya memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat setempat pentingnya sektor pertanian kepada negara.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Hilmi Datuk Harun telah merasmikan karnival tersebut yang berjaya menarik hampir 2,000 pengunjung meskipun hanya sehari diadakan.
Lebih menarik, orang ramai berpeluang menyertai pelbagai acara sampingan seperti cabutan bertuah, pemeriksaan kesihatan secara percuma dan mendapat nasihat serta info berkaitan pertanian daripada pelbagai agensi yang terlibat.
-ZS-