
Laporan/foto: Noraini Mohd Nasir/Muhammad Hanif Samad (Tampin)
TAMPIN, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) iaitu Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Persatuan Amal dan Kebajikan Al-Baasith Negeri Sembilan, MyFundAction, Yayasan Food Bank Malaysia dan Sahabat Perihatin Gemas telah mengedarkan sumbangan sebanyak 100 Kotak Rezeki Ummat MyFundActioan dan Kotak Makanan YADIM kepada penduduk sekitar Kampung Londah, Gemas.
Menurut Pengerusi Persatuan Amal dan Kebajikan Al-Baasith Negeri Sembilan, Khairul Nizam Khairuddin, kebanyakan penerima sumbangan pada hari ini merupakan petani yang terjejas akibat bencana banjir sekitar bulan lalu.
Selain kotak bantuan makanan, para penduduk turut menerima sumbangan berupa beg dan peralatan sekolah.
-ZS-