
Laporan/foto: Mohd Hafiz/Haniff Tukija (Sabak Bernam)
SABAK BERNAM, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Menteri Kanan Kerja Raya, YB Datuk Seri Fadillah Haji Yusof hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyerahan dan Perasmian Projek Menaik Taraf Jalan Persekutuan 5 (FR05) dari Tanjong Karang ke Sabak Bernam.
Laluan sepanjang 45 kilometer ini merupakan sebahagian dari jajaran Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (West Coast Expressway) yang merupakan laluan tanpa tol dan persimpangan tanpa lampu isyarat.
Projek ini dimulakan pada 21 Mac 2016 dan siap sepenuhnya pada 22 Februari lalu iaitu lebih awal dari tarikh penyiapan kontrak dengan nilai sebanyak RM780,928,000.
-ZS-