Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Orang Kampung, Minda Universiti

By 29 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Eviannie Kin (Sabah)

RANAU, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Ayat ‘Orang Kampung, Minda Universiti’ menggambarkan Mohd Fadzwan Ali, 34, mempunyai impian besar untuk memajukan kampung kelahirannya iaitu Kampung Meridi yang berada jauh di pedalaman Daerah Ranau.

Tidak ramai yang mahu bekerja sebagai petani, namun sebaliknya bagi dirinya yang mempunyai impian untuk membawa seramai mungkin belia kampung bergiat aktif dalam pertanian padi bukit.

Fadzwan yang juga Pengerusi Belia Kg. Meridi berkata, kini usahanya sedang memartabatkan produk beras Kg. Meridi, hasil tangan penduduk kampung untuk dikomersialkan kepada pasaran luar.

Jelasnya, beliau sedang mencari inisiatif dan peluang yang boleh memberi manfaat kepada kampungnya dalam bidang pertanian padi bukit.

“Saya bangga dengan jati diri sebagai orang kampung kerana itu adalah asal-usul saya.

“Sekarang ini saya fikir, saya perlu tinggal di kampung dan menjadi contoh orang kampung yang berjaya.

“Semoga lebih ramai orang kampung yang berjaya di kampung sendiri nanti,” katanya ketika ditemui selepas Program Influencer@JaPen Sabah, pada baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda