
Laporan/foto: Erzufariza Zulkifly/Mohd Shariff Mohd Yunus (Pahang)
MARAN, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Daerah Maran menjadi daerah kedua di Pahang melancarkan program “This Is Pahang Unlimited”, iaitu satu usaha kerajaan negeri dalam merancakkan kembali sektor pelancongan di Pahang.
“This Is Maran Unlimited” dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Negeri Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, di sini semalam.
“Anak jati di Pahang haruslah berkerjasama dalam sektor pelancongan untuk masyarakat luar menghayati keindahan dan keunikan khazanah di negeri Pahang,” katanya.
-ZS-