Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Usaha mengangkat sukan tradisional dalam kalangan warga Johol diterjemahkan dengan program Fiesta Indoor Traditional (FIT De’ Johol) anjuran Pejabat Khidmat ADUN Johol dan Yayasan TZA, di sini semalam.
Penyertaan hampir 30 buah kampung sekitar Johol jelas menunjukkan permainan tradisi seperti sepak takraw, batu seremban, dam haji dan congkak masih mendapat tempat di hati masyarakat setempat.
Menurut pihak penganjur, program ini juga bertujuan membantu generasi sekarang mengenali budaya sukan masyarakat Melayu di samping mengamit kenangan mereka yang pernah melalui zaman kegemilangan permainan tradisi ini.
Rata-rata peserta dan pengunjung mengharapkan agar program seperti ini menjadi aktiviti tahunan di Johol selain turut menambah pelbagai sukan tradisi yang lain.
-ZS-