Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Gotong-royong Mega Perangi Aedes Kebangsaan Mengikut Norma Baharu

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Afnan Hakimi Abdul Aziz (Marang)

MARANG, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Kira-kira 50 orang  kakitangan Pejabat Kesihatan bersama-sama penduduk Kampung Sena Rendang menghadiri program gotong-royong bagi membanteras pembiakan nyamuk aedes pada 26 Mac 2022.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Marang bertujuan untuk mengurangkan risiko pembiakan nyamuk aedes dan menggalakkan peranan masyarakat supaya memupuk semangat kerjasama dan bertanggungjawab  terhadap keadaan sekitar rumah dan kejiranan masing-masing.

Program ini dirasmikan oleh Exco Kerajaan Terengganu merangkap ADUN Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda