
Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Tengku Saipulah Tengku Mohamed (Kuala Nerus)
KUALA NERUS, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia memudahkan rakyat di setiap negeri mendapatkan maklumat terus mengenai bantuan dan perancangan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.
Penduduk di Pulau Redang juga tidak ketinggalan mendapatkan maklumat penting dalam usaha kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat secara turun padang ke seluruh negara termasuk kawasan pedalaman.
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ini sangat penting bagi menandakan bermulanya satu usaha mengembalikan kegemilangan dan kemakmuran negara ini yang telah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
-ZS-