Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Komuniti Bebas Dadah – Ride Santai Lebih Baik Cegah

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hafizul Adzhari (Alor Gajah)

ALOR GAJAH, 26 Mac (Malaysiaaktif) – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menganjurkan Program Bebas Dadah – Ride Santai Lebih Baik Cegah bersama Skuad Antidadah Daerah Alor Gajah.

Program ini bertujuan mensasarkan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) yang dikenalpasti mempunyai masalah penyalah gunaan dadah dan bahan terlarang yang tinggi dalam daerah Alor Gajah terutamanya di Masjid Tanah dan Kuala Linggi.

Pihak AADK Daerah Alor Gajah turut melaksanakan program Walking Massage dikawasan Pekan Masjid Tanah bagi menyebarluaskan maklumat pendidikan pencegahan dan perkhidmatan AADK kepada masyarakat.

Selain itu, Skuad Antidadah Daerah Alor Gajah turut sertai dalam program gotong-royong yang diadakan di Kampung Baru Kuala Sungai Baru dan Fort Supai Kuala Linggi yang terut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuala Linggi Rosli Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda