Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Persidangan dan Bengkel Perlindungan Sinaran Perkukuh Hubungan Kerjasama dan Professional

By 9 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Asyraf Mustafa (Kuala Terengganu)/Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Persatuan Perlindungan Sinaran Malaysia (MARPA) dengan kerjasama Agensi Nuklear Malaysia menganjurkan Persidangan dan Bengkel Perlindungan Sinaran Kali Ke-23 di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar, Dr. Azman Ibrahim mewakili Menteri Besar Terengganu di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu.

Penganjuran tersebut untuk menyampaikan maklumat berhubung dengan aplikasi teknologi nuklear dalam pelbagai bidang, memberi gambaran menyeluruh serta amalan terkini dalam perlindungan dan keselamatan sinaran di tempat kerja dan lapangan selain sebagai satu platform untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama dan professional dengan peserta yang hadir.

Turut hadir, Presiden Malaysian Radiation Protection Association (MAPRA) Mohd Sidek Othman.

-ZS-

Tinggalkan komen anda