Laporan/foto: Joel Jale (Sarawak)
LIMBANG, 9 Mac (Malaysiaaktif) – Projek pembinaan jejantas tiga laluan merupakan mercu tanda baharu di Daerah Limbang.
Jejantas tiga laluan tersebut menghubungkan Limbang Plaza, Tamu Limbang dan Jalan Wong Tsap En, telah mengubah landskap pembangunan prasarana yang dilihat mulai rancak berlaku di sini.
Dengan keluasan 3,978 km persegi, daerah Limbang terletak di tengah-tengah sempadan antara Bandar Seri Begawan dan Temburong, Negara Brunei Darussalam.
Menurut Wali Kota Majlis Daerah Limbang, Sufian Mohat, impak daripada projek jejantas tiga laluan ini akan memacu pembangunan sektor ekonomi dan pelancongan Daerah Limbang.
-ZS-