
Laporan/foto: Mohd Nazri Saparudin (Langkawi)
LANGKAWI, 15 Mac (Malaysiaaktif) β Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menganjurkan Persidangan Ketua Pendaftar Nikah, Cerai Dan Rujuk (KPNCR) Seluruh Malaysia Kali Ke 44 Tahun 2022 dan Pelancaran Buku Gerbang Perkahwinan Edisi Ketiga bertempat di HIG Hotel di sini hari ini.
Seramai 20 orang peserta KPNCR dari seluruh negara menyertai persidangan yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata dalam ucapan perasmian,Β persidangan KPNCR ini merupakan platform yang menghimpun Ketua-ketua Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuβ seluruh Malaysia bagi membincangkan serta menyelesaikan isu permasalahan berhubung pengurusan nikah, cerai dan rujuβ orang Islam di Jabatan Islam Negeri-negeri seluruh Malaysia termasuk isu-isu kekeluargaan serta sosial semasa.
βBerkat usaha kerjasama semua pihak, JAKIM telah menghasilkan Buku Gerbang Perkahwinan edisi ketiga yang saya yakin lebih segar dan terkini merangkumi penggunaan infografik dan ilustrasi yang lebih menarik untuk disesuaikan dengan kehendak sasaran peserta kursus. Kita harapkan buku ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak,β katanya lagi.
-ZS-