Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kejohanan Angkat Berat Mencungkil Bakat Baru ke Peringkat SUKMA 2022

By 16 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh (Jasin)

RIM, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Kejohanan Angkat Berat Peringkat Kebangsaan 2022 telah berlangsung bermula pada 14 Mac hingga 19 Mac 2022 bertempat di Dewan Alamanda, Rim anjuran Persatuan Angkat Berat Malaysia dan Kelab Angkat Berat Nyalas dengan kerjasama Majlis Perbandaran Jasin.

Kejohanan ini dianjurkan khas bagi mencungkil bakat-bakat anak muda dalam sukan angkat berat di samping melaksanakan pemilihan atlet terbaik untuk diserapkan ke kem SUKMA negeri masing-masing di mana SUKMA tahun ini akan dilangsungkan di Kuala Lumpur.

Seramai 109 orang atlit yang bertanding dalam kejohanan angkat berat pada tahun ini yang melibatkan seluruh negeri di Malaysia dan tiga kategori dipertandingkan iaitu kategori Youth 13thn hingga 17tahun, kategori Junior 13thn hingga 21tahun dan Senior 21 tahun ke atas.

Kejohanan Angkat Berat Youth, Junior dan Senior Kebangsaan 2022 telah dirasmikan oleh YB Tuan VP. Shanmugam A/L V. Pithcay Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

-ZS-

Tinggalkan komen anda