Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kerja-Kerja Pembersihan Sisa Runtuhan Taman Bukit Permai 2 Telah Mula Dilakukan

By 17 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya/Nur Hafif Zainurdin (Hulu Langat)

AMPANG, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) semalam, telah mula melakukan kerja-kerja pembersihan kawasan sekitar perumahan yang terlibat dengan runtuhan tanah pada petang 10 Mac 2022 lalu.

Pihak MPAJ menggunakan ‘excavator’ dan lori bagi memindahkan tanah di sekitar kawasan perumahan. Kerja-kerja pembuangan tanah kesan daripada runtuhan dilakukan dengan lebih berhati-hati memandangkan keadaan tanah masih lembut akibat daripada hujan.

Fokus utama pembersihan adalah di kawasan yang kurang risiko kerana pergerakan tanah masih lagi berlaku. Keadaan cuaca yang tidak menentu juga menyukarkan kerja-kerja pembersihan.

Air Selangor turut menyediakan tangki statik bagi membekalkan air bersih kepada penduduk yang terjejas di kawasan utama tanah runtuh.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda