Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Peruntukan RM160 Juta Bina Blok Pakar Baharu Hospital Port Dickson

By 30 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/Leazmi Leman (Port Dickson)

PORT DICKSON, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan sebanyak RM160 juta bagi pembinaan blok pakar baharu di Hospital Port Dickson (HPD).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, blok tersebut sepatutnya sudah mula dibina namun terdapat perubahan peruntukan dan kontraktor asal telah menarik diri.

“Tender baharu akan dibuka semula bagi mengeluarkan iklan pada Mei ini, dan kami akan mengeluarkan surat setuju terima pada Oktober ini. Blok pakar ini dijangka siap sepenuhnya Oktober 2025,” katanya ketika lawatan kerja dan melawat tapak blok pakar baharu di HPD, di sini semalam.

Terdahulu, Khairy mendengar taklimat HPD yang disampaikan oleh Pengarah HPD, Dr. Mohd Zulfa Mohamad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda