Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Dari Kolam Ikan Jadi Pusat Rekreasi

By 30 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hirniezah Tabin

Kota Belud, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Karanahan View yang terletak di Kampung Tempasuk I, Kota Belud kini menjadi salah satu pusat rekreasi pilihan.

Satu ketika dahulu ianya hanya sebuah kolam memancing ikan.

Menurut pemiliknya, Michael Asik, 49, pemandangan sawah yang menghijau dan berlatarkan Gunung Kinabalu menjadi sumber tarikan di kawasan itu.

ā€œSumber kewangan untuk membangunkan pusat rekreasi ini sepenuhnya adalah hasil pendapatan sendiri, namun terdapat juga bantuan sebanyak RM20,000 daripada Sabah Tourism BoardĀ  yang telah kami gunakan untuk membina tandas awam,ā€ katanya.

“Kini Karanahan View mempunyai 20 orang pekerja daripada penduduk sekitar. Kami berharap agar satu hari nanti, Karanahan View akan menjadi salah satu ā€˜mini resortā€™ yang boleh dibanggakan oleh penduduk Kampung Tempasuk I.

-ZS-

Tinggalkan komen anda