Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
SHAH ALAM, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 144 kawasan di Gombak dan Kuala Lumpur akan mengalami gangguan bekalan air susulan kerja-kerja pembaikan injap bocor di Warta Lama, Jalan Kuching hari ini.
Air Selangor dalam laman Facebook rasminya memaklumkan kerja-kerja pembaikan tersebut akan dilaksanakan hari ini pukul 11 pagi dan dijangka siap sepenuhnya pukul 9 malam.
“Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 31 Mac pukul 9 pagi,” katanya.
Air Selangor menasihatkan para pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja pembaikan ini dilaksanakan.
-ZS-