
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PSA
SHAH ALAM, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 80.31 peratus daripada 3,438 pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menunaikan tanggungjawab dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang dilaksana secara dalam talian semalam.
Pengarah PSA Dr. Mohd Zahari Ismail, berkata mereka mengundi menerusi sistem e-Voting@PSA yang dibuka bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
Beliau berkata, ini adalah kali kedua semua proses PRK PSA dijalankan secara dalam talian sepenuhnya bermula daripada penamaan calon, kempen, pengundian dan pengumuman keputusan pilihan raya.
Katanya, PSA mula memperkenalkan kaedah undian secara dalam talian yang dikenali sebagai ‘Activity Tracking System’ (ATS) sejak 2014.
-ZS-