Laporan/foto: Siti Noor Asmani Che Mat Saleh (Tumpat)
TUMPAT, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Daerah Tumpat bakal melakar sejarah baru dalam mengembangkan lagi sektor ekonomi dan pelancongan negeri.
Pembinaan Taman Bandar Tumpat telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Dato’ Ahmad Yakob dalam majlis Menteri Besar Jjupo Mato Dengan Rakyat Jajahan Tumpat bertempat di Kampung Baru Nelayan, Tumpat.
Antara pembinaan menarik yang bakal dilakukan ialah Dataran Tok Selehong, taman hutan laut, taman tema mini, taman bunga, taman kesenian Islam dan tempat bersukan.
Beliau turut menyampaikan bantuan rumah Dhuafa’, Anugerah Tokoh Usahawan Berjaya, Tokoh Kecemerlangan Akademik dan geran hakmilik tanah kepada 52 orang penerima.
-ZS-