Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Anggota Wanita Ketuai Perbarisan Hari Polis IPD Gombak

By 25 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 25 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 23 pegawai dan anggota wanita mengetuai perbarisan sambutan Hari Polis ke-215 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak hari ini.

Sambutan bertema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ bermula pukul 8 pagi di Padang Kawad IPD Gombak itu dimulakan dengan perbarisan kehormatan yang diketuai Asisten Supritendan (ASP) Zanariah Ismail.

Seterusnya Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed memeriksa perbarisan diikuti lafaz ikrar dan membaca perutusan Ketua Polis Negara.

Sambutan diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan IPD Gombak kepada orang awam dan anggota polis.

-ZS-

Tinggalkan komen anda