Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sejarah Pahlawan Perak Ngah Ibrahim Dikongsi

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah/Muzium Matang

MATANG, 28 MAC (Malaysiaaktif) – Program Bicara@Muzium kali ini memfokuskan seorang pahlawan tanah air yang dikenali sebagai Ngah Ibrahim yang berasal dari negeri Perak.

Sejarah Tengku Menteri Ngah Ibrahim diceritakan semula oleh Khalid Syed Ali, seorang penyelidik sejarah bermula dari asal usul, jasa serta bakti Ngah Ibrahim kepada negara dan sehingga saat beliau meninggal dunia di Singapura sebelum kubur beliau dibawa pulang semula ke Malaysia pada tahun 2006 untuk disemadikan semula di Matang.

Bersempena dengan penganjuran pameran  ‘Menelusuri Jejak Tengku Menteri Ngah Ibrahim’ buat julung kalinya Muzium Matang membuka rumah Pengawal Keselamatan Ngah Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Kapten Speedy untuk lawatan awam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda