Laporan/foto: Deonalissa Jekee Edin/Vicky Matanjang
KOTA BELUD, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Rumah Penyembelihan Haiwan (RPH) yang dikendalikan oleh Jabatan Veterinar Sabah menjamin keselamatan makanan.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Jeffrey G. Kitingan berkata, pembinaan RPH tersebut merupakan satu usaha kerajaan untuk menyokong perkembangan industri ruminan yang semakin berkembang, selain memastikan bekalan makanan mencukupi dan keselamatannya terjamin.
“Terdapat peraturan yang perlu dipatuhi bagi mengawal aktiviti penyembelihan untuk memastikan makanan berasaskan haiwan selamat untuk kegunaan awam.
“Oleh itu, saya menyeru kepada semua pengusaha agar dapat memanfaatkan fasiliti yang disediakan untuk menghasilkan produk bermutu dan berdaya saing,” katanya ketika berucap merasmikan RPH Ruminan Kota Belud, pada Isnin.
-ZS-