Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

JAKM Negeri Perlis Mendapat Sambutan Rakyat Perlis

By 28 Mac 2022Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat

KANGAR, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) ke negeri Perlis bermula pada 25 Mac sehingga semalam bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra bermula dari pukul 9.00 pagi sehingga 8.00 malam, telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih 10 ribu pengunjung hadir memeriahkan karnival berkenaan.

Program-program sepanjang JAKM Negeri Perlis berlangsung seperti Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, reruai pemeriksaan kesihatan seperti pergigian, pemakanan sihat, pameran oleh lebih daripada 25 Kementerian dan pelbagai agensi dan juga jualan Industri Kecil dan Sederhana oleh usahawan di negeri Perlis telah berjaya menggamit pengunjung untuk turut hadir.

Pengisian di pentas utama yang telah berlangsung pada hari pertama sehingga ke hari ketiga seperti Quran Hour, Save 3.0 dan Promosi Pelancongan Pakat Mai Perlis sentiasa mendapat sambutan daripada rakyat negeri Perlis yang sememangnya sangat memberikan manfaat pengetahuan dan meningkatkan ekonomi peniaga tempatan.

Program yang telah berlangsung dengan jayanya ini telah memberi manfaat buat seluruh #KeluargaMalaysia dan warga Perlis yang hadir ke karnival tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda