
Laporan/foto: Stephen Jipolin Joputi/Mohamad Rizal Matasan
PUTATAN, 15 Mac (Malaysiaaktif) – Inisiatif meningkatkan taraf kesihatan pergigian dilaksanakan melalui Program Kampung Angkat Pergigian oleh Pejabat Daerah Putatan dengan kerjasama Exco Kesihatan Negeri Sabah.
Pada program itu, Kampung Muhibbah dipilih dalam usaha meningkatkan akses perkhidmatan, kesedaran dan pengetahuan mengenai kesihatan pergigian penduduk setempat.
Majlis perasmian disempurnakan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Bin Yahya yang berharap program seumpamanya dapat diperluas ke kawasan lain.
Turut hadir, Pegawai Daerah Putatan, Haryani Anah Abdul Kahar serta Ketua Daerah Mahkamah Anak Negeri Putatan, Datuk Mohd Dahali Matsin.
-ZS-