Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Roziman Mahmudin
LABUAN, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Komuniti Keluarga Malaysia (KKM) bakal memperkasa usaha pemasaran maklumat daripada kerajaan dengan kerjasama badan bukan kerajaan di peringkat akar umbi.
Menurut Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Bashir Alias, KKM juga bertujuan menerapkan nilai-nilai Keluarga Malaysia, semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan komuniti setempat.
“Selain itu, KKM mampu membantu dalam usaha menangani isu berita palsu disamping membantu memajukan masyarakat dalam sosioekonomi sejajar dengan perkembangan ekonomi digital,” katanya selepas menyampaikan perutusan kepada enam orang Pengerusi KKM bagi Parlimen Labuan di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Labuan, semalam.
Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Labuan, Ab Rasil Hajatil pula berkata, JaPen akan membantu program-program KKM di peringkat lapangan dari segi khidmat nasihat dan peruntukan kewangan selain meningkatkan kerjasama dengan agensi lain bagi dengan harapan agar rakyat memahami aspirasi dan inisiatif kerajaan.
-ZS-