Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

RM1.2 Juta Rampasan Dadah Daerah Pasir Mas 

By 25 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Tanah Merah)

PASIR MAS, 23 April (Malaysiaaktif) – Sepanjang empat bulan tahun ini Polis Daerah Pasir Mas berjaya merampas dadah bernilai RM1.2 juta sekitar sempadan Pekan Rantau Panjang.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasarudin Nasir, peningkatan rampasan ini disebabkan Pekan Rantau Panjang bersempadan dengan Thailand yang diambil kesempatan oleh penjenayah menjalankan aktiviti haram ini melalui pengkalan haram sepanjang Sungai Golok.

“Polis terpaksa bekerja keras menghalang aktiviti haram, menjaga keselamatan rakyat dan keamanan negara,” katanya dalam ucapan perasmian Program Semarak Perpaduan anjuran Jabatan Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional Daerah Pasir Mas bersama Amanita Polis Daerah Pasir Mas.

Sebanyak 500 bekas bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai dan pengguna jalan raya.

Turut hadir  Pegawai Perpaduan Negara Dan Intergrasi Nasional Daerah Pasir Mas Nazri Mohamad, Pengerusi Penyelaras KRT Daerah Pasir Mas Dato’ Abdul Halim Hamat dan Pengerusi-Pengerusi KRT Daerah Pasir Mas.

-ZS-

Tinggalkan komen anda