Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

‘Keterangkuman, Kebersamaan, Kesyukuran’ Raikan Anak-anak Yatim di Johol

By 25 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud (Kuala Pilah)

KUALA PILAH,  25 April (Malaysiaaktif) – Berasaskan kepada tiga konsep Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran, seramai 70 orang anak yatim diraikan oleh pihak Pejabat Khidmat Masyarakat ADUN Johol dan dibantu oleh Sukarelawan Keluarga Malaysia dan Johol Volunteers di Mydin, Pulau Sebang, semalam.

Menurut YB Saiful Yazan Sulaiman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Johol, program Baju Raya de’ Johol  menyaksikan peningkatan 40 orang jumlah penerima berbanding tahun lepas dan setiap penerima diberi kebebasan memilih pakaian hari raya mengikut citarasa masing-masing.

“Penganjuran program ini juga bertepatan dengan hasrat Kerajaan Keluarga Malaysia yang menyasarkan kebajikan rakyat sebagai agenda utama terutamanya bagi mereka yang kurang bernasib baik,” ujarnya lagi.

Hadir sama Mohamad Zahari Bahaman, Guru Besar SK Nuri yang juga mewakili Persatuan Guru-guru Besar Mukim Johol.

-ZS-

Tinggalkan komen anda