
Laporan/foto: Hazlinah Samsir (Sabah)
PUTATAN, 26 April (Malaysiaaktif) – Sebanyak 3.2 tan sampah berjaya dikutip secara berperingkat membabitkan seramai lebih 60 orang sukarelawan di Pantai Goronggon, di sini semalam.
Program sempena Hari Bumi Sedunia itu dianjurkan Persatuan Mesra Alam Sekitar Sabah (MASESA) dengan kerjasama syarikat Green Buddy, Tok Kelapa, Axtrada dan I-World Travels Sdn Bhd.
Presiden MASESA Ainie Jamin berkata jumlah terbabit merupakan jumlah keseluruhan melalui program kutipan secara berperingkat bermula 3 April sehingga semalam.
“Namun dalam merangka strategi-strategi baharu ini, akar umbi yang paling penting untuk difikirkan semua pihak adalah bagaimana kita menangani dan menekankan tahap kesedaran masyarakat terhadap kebersihan,” katanya.
-ZS-