Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Al Qalam Wadah Bina Masa Depan Belia Cemerlang

By 26 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Haizul Rohani/Johnny Kimlon (Sabah)

MEMBAKUT, 26 April (Malaysiaaktif) – Alumni Tadarus Al-Quran Membakut (Al-Qalam) adalah wadah membina masa depan belia cemerlang.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata, penubuhan alumni itu bertujuan untuk menghimpunkan belia yang berminat dalam bidang keagamaan sekaligus membina generasi al-Quran.

“Selain mewujudkan alumni tadarus al-Quran, persatuan itu tidak terhad dengan aktiviti keagamaan sahaja, malah akan turut terlibat dengan aktiviti keilmuan, kemasyarakatan dan kebajikan,” katanya dalam Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana Generasi Muda Daerah Membakut di Dewan Seri Wawasan Kg Pimping, di sini baru-baru ini.

Seramai 250 orang belia hadir dan menjayakan majlis itu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda