Laporan/foto: Nur Hassanah Abu Hassan/Khairulanwar Harun (Kedah)
KULIM, 26 April – Panjut bukanlah sesuatu yang baru dalam masyarakat Melayu terutamanya menjelang bulan Syawal.
Menurut Timbalan Pengarah Akademik Kolej Komuniti Kulim Anas Harun idea untuk menyediakan panjut ini tercetus kerana ingin memeriahkan sambutan Aidilfitri selepas dua tahun ‘berperang’ dengan COVID-19.
“Panjut adalah lampu pelita api yang menggunakan minyak tanah dan disusun secara cantik dan kreatif pada tiang buluh dan membentuk imej atau replika yang menarik.
“Sepuluh orang kakitangan termasuk pelajar kami berjaya menyiapkan panjut berukuran 10 kaki tinggi dan 11 kaki lebar dengan paparan ‘I LOVE KKKU (Saya sayang Kolej Komuniti Kulim),” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.
“Kami mengambil masa tiga hari bermula dari proses menebang buluh hingga memasang panjut di perkarangan kolej,” katanya lagi.
-ZS-