
Laporan/foto: Mohamad Asri Awang Ya (Hulu Langat)
AMPANG, 1 April (Malaysiaaktif) – Hujan lebat melebihi dua jam pada petang Rabu telah mengakibatkan banjir kilat berlaku di Taman Bukit Mulia dan Kondominium Villaria, Bukit Antarabangsa, di sini semalam.
Air lumpur daripada banjir kilat yang berlaku pada pukul 6.30 petang itu telah menjejaskan 30 buah rumah di Taman Bukit Mulia.
Menurut Suhaidi Mokhtar, 55, kejadian banjir kilat berlaku dengan sangat cepat kerana air tidak dapat mengalir dengan baik melalui saluran longkang berikutan hujan yang lebat dan masalah longkang tersumbat.
“Rumah saya telah dimasuki air setinggi 0.3 meter dan tidak dapat menyelamatkan barangan yang berada di tingkat bawah rumah,” katanya
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Pihak KDEB Waste Management telah melakukan kerja-kerja pembersihan lumpur dan pasir di kawasan tempat letak kenderaan Kondominium Villaria dan Taman Bukit Mulia, semalam.
-ZS-