Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

PKRC Pusat Minda Emas (PuMAS) UTHM Ditutup

By 1 April 2022Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto: Noor Hidayah Mohd Izam (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 1 April (Malaysiaaktif) – Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC) Pusat Minda Emas (PuMAS) UTHM Batu Pahat telah ditutup secara rasminya bermula semalam setelah tiada lagi menerima kemasukan kes baru selepas 25 Mac yang lalu.

Satu majlis ringkas diadakan petang Rabu bersama 13 agensi yang terlibat secara langsung dalam operasi pengurusan PKRC tersebut.

Menurut Nasri Md Ali, pembukaan PKRC ini mengambil kira kepadatan penduduk tertinggi di daerah ini selepas daerah Johor Bahru dan pada masa sama PKRC Pasir Gudang sudah menampung kapasiti pesakit melebihi 90 peratus.

“PKRC ini telah menerima seramai 4,242 pesakit kategori 1 dan 2 yang terdiri dari pelbagai peringkat usia. Pesakit termuda yang pernah diterima masuk ke PKRC ini merupakan kanak-kanak berusia satu tahun,” ujar Pegawai Perubatan Hospital Sultanah Nora Ismail Anis Rizal.

-ZS-

Tinggalkan komen anda